Tuesday, September 1, 2015

making use of your leftover bread...

Projek hari ni adalah manfaatkan 8 keping roti tepi yang tebal dan keras. Minggu lepas adalah minggu roti untuk kami sekeluarga. Bukannya membuat roti tapi abang tersayang gi beli roti dengan banyaknya semata-mata minggu sebelum tu roti cepat habis, budak-budak dah musim suka makan roti dengan nutella. Setiap masa diaorang nak makan roti. So, tanpa ragu-ragu masa groceries shopping, abang gi beli 2 buku roti. Tang ni aku tak kisah sebab budak pun nak makan aje. Tapi masalahnya, masa abis solat jumaat, dia pegi beli lagi 2 buku. Huh... sedangkan baru satu buku baru habis. So, ada 3 buku roti masih belum makan. Makan punya makan sampai dah rasa jemu. Disebabkan banyak roti kena habiskan, semua roti tepi yang keras tu kita transform jadi bread crumbs hari ni.

Caranya senang aje, potong kecik cube atau kisar halus. Pastu bakar 30 minit, 150 degrees temperature. Kacau sikit antara selang masak tu supaya pengeringan menjadi lebih rata. So, lepas dah siap, sejukkan dan simpan di bekas kedap udara. Boleh guna breadcrumbs tu untuk topping salad/sup atau buat nuggets coating/apple crumble.... Hmmm... nak mintak hubby beli apple la weekend nih...





Monday, August 17, 2015

cerita hari ni... make personalised stories with your child.

Hari ni mummy dan papa duduk kat rumah mengadap computer tulis thesis sambil jenguk2 budak2 di rumah dengan berbagai ragamnya. Lepas makan, masa duduk-duduk tu, teringat pula pasal freebies website yang ada buat personalised stories. Hari tu dah buat guna nama Aaron.... Aaron and the beanstalk. Cerita dia lebih kurang sama macam Jack and the beanstalk tu tapi kita boleh pilih samada nak ending yang funny ke, dream ke atau scary. Jadi kita pilih funny ending story. Sebenarnya Aaron ni minat dengan buku cerita, dan dia suka tokok tambah cerita tu. memang penglipur lara la anak mummy ni.

Tapi hari ni kita try website lain http://www.readathon.org/.
Agak menarik cerita pendek ni dimana kebanyakan perkara dalam cerita tu kita yang letak sendiri. Kita try yang free storymaker tu aje. Jadi ni la hasil-hasil cerita Aaron dan Diana....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

The tea party
By Diana Lee

Me and aaron lee sat at the tea table laughing like silly doctors, picking spiders out of the mushy watermelon. 'Don't drink that diana lee, eat this yucky sandwiches instead!' said aaron lee . 'Mmmm! It's yummy' I said, pushing aaron lee into the cupcakes. 'What a bright tea party!'
THE END

Lost in the jungle
By Aaron Lee

Deep in the jungle, me and Diana lee suddenly heard terrible hoofing. 'Watch out Aaron lee!' shouted Diana lee. 'That rainbow wolf is going to get you!' It had very sharp bottom and a huge nose, so we punched onto our monkeys and ran away down the super orange mountain.
THE END

Late for school
By Diana

Me and Aaron jumped into the classroom.'Diana Lee! Aaron Lee! Why are you late?' shouted Mrs Cameron 'Because Diana forgot the brocolli for the mathematics lesson.' said Aaron . 'No!' I said, 'It's because Aaron 's penguin got stuck up the dinasour!' 'Well, I don't believe you.' said Mrs Cameron, 'You both have to do 39 days detention!'
THE END

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


This quite interesting and enjoyable to try on with your kids. Not only it also can encourage creativity, they also fun to both me and the kids.

Ni dia Aaron and beanstalk story... untuk kenangan, tampal gak kat entry ni.








Friday, August 14, 2015

Kembali ke dunia blog

Dah lama dah mummy Sue tak muncul di blog. nampaknya kena aktif semula menulis selepas ini supaya boleh menggarap semula bakat penulisan karangan bahasa melayu ku.... hehehe... Bukannya apa, nak kata sibuk takde la sibuk sangat tapi sebab dah semakin malas menulis, nak tulis thesis Phd ni pun bercinta nak tamat. Aduh, bulan depan dah kena balik Malaysia. Harap dapat la hantar thesis sebelum akhir bulan September ni. Tidak mustahil, in shaa Allah kalau ada pertolongan Allah dan usaha tawakal kita. Harap-harap pembaca boleh doakan mummy dapat dipermudahkan urusan penulisan dan penghantaran thesis ini. Sebenarnya dah lama dah mummy sue minat menulis artikel-artikel untuk dikongsi bersama dan in shaa Allah membawa manfaatnya kepada kehidupan kita yang semantara di dunia ini dan bekalan akhirat nanti. Nanti mummy sue cari bahan best untuk menulis. Buat masa ni cukuplah panaskan tangan ni menaip dulu. Nanti mummy sue cerita lagi, sebelum mengundur diri, in shaa Allah sedikit kita mengambil iktibar dari kata-kata hikmah ini.... Assalammualaikum...

"Kemiskinan harta bahayanya hanya di dunia, namun kemiskinan ilmu dan iman bahayanya dibawa ke akhirat".

Janganlah kita sedih dan keluh kesah disebabkan kekurangan harta benda di dunia ini kerana ia hanya bersifat sementara dan boleh jadi juga ia akan meringankan beban dan persoalan kita di hari soal jawab agung dimana pada saat itu dirasakan amat panjang dan sengsaranya golongan yang bersalah. Setiap nikmat yang kita terima pada hari ini pastinya akan ditanya sama ada kita gunakan untuk perkara baik atau salah walau sebesar mana pun nikmat tersebut. Sebaliknya bersyukurlah diatas setiap apa yang dikurniakan kepada kita kini walaupun berapa pun jumlahnya dan ingatlah....infak dan melaburlah ia bagi mengukuhkan ekonomi kita di akhirat dengan memberikan pinjaman-pinjaman baik dan ikhlas hanya kerana mengharapkan keredhaan Allah. Segala yang kita laburkan pada hari ini sebagai sedekah, hasilnya akan dilipatgandakan di akhirat kelak... yakinlah dengan janji Allah. Semoga kita tidak lagi kurang harta dan bekalan di akhirat kelak. Sambil itu berusahalah untuk mencari ilmu bagi kemantapan iman untuk bekalan kita menghadap Allah kelak. Sesungguhnya jadilah hamba ar-Rahman yang berjaya dunia dan akhirat. In shaa Allah.


Monday, June 13, 2011

Gambar birthday adik Ian



2 minggu lepas kita sambut birthday anak mummy...Ian Ikram yang pertama.... hmmm mesti konpius kan... hari tu mummy kata, mummy ada 2 anak je... Farra Diana dan Aaron Hafiz...mana datang lak lagi satu anak mummy? hehe... sebenarnya Ian adalah anak angkat kak long mummy tapi juga merupakan anak susuan mummy.... secara langsung ian merupakan anak susu mummy dan adik-beradik susuan Diana dan Aaron . Dalam gembira menyambut birthday Ian... hati mummy memang tersentuh...manakan pulak, teringat allahyarham Tok Mama yang telah menjaga Ian sejak lahir hingga 5 bulan... setakat itu sajalah sempat arwah menjaga cucu angkatnya ni... sayangnya tok mama tak sempat menjaga Aaron sepertimana dia dapat menjaga Ian... Tok mama hanya dapat tengok Aaron dua kali saja... itupun bila dia datang kuantan masa mummy pantang...genap 45 hari Aaron dilahirkan, tok mama dijemput Allah kembali kepadaNya. apa nak buat kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan bila saat dan ketikanya kita dipanggil Allah S.W.T. Tiada siapa atau apa2 pun yang dapat menahan waktunya apabila tiba saat ketika yang telah ditetapkanNya.... Mummy sangat rindukan tok mama.... wahai ibundaku tersayang...al fatihah...semoga Allah merahmati rohnya.


Thursday, June 9, 2011

ambik mood update belog...

Hari nih tak tau kenapa tetiba je mummy Sue nak update semula belog nih.... sudah lama sawang....now kena bersihkan sawang tuh...ambik mood dulu. Hmmm memang dah lama benor tak update, rasanya last skali masa mengandungkan adik. Now adik @ nama sebenar Aaron Hafiz dah pun 9 bulan. lama betul kan. Alhamdullillah memang happy dengan segala nikmat yang tak terhingga Allah kurniakan kepada keluarga kami. Ramai yang tanya, kenapa anak-anak seakan-akan nama celebriti.... dulu anakku yang sulung namanya Farra Diana Lee.... sama ngan nama farra breep breep Af.... dan yang kedua plak Aaron Hafiz Lee... tersama pulak ngan Aaron Aziz.... haha.... sebenarnya memang tak rancang pun nak sama ngan celebriti apatah lagi kita sebagai muslim nih memang ler tak digalak untuk meniru celebriti-celebriti tuh....lainlah kalau nak meniru para ulama' dan ahli agama....



Sebenarnya nama Diana memang mummy dah rancang nak bagi untuk anak perempuanku... memang sejak sebelum kahwin lagi... alkisahnya arwah mama dulu asyik kata, kalau dia ada anak perempuan lagi after mummy lahir (mummy su anak perempuan bongsu tau, tapi bukan anak bongsu...ada 2 adik lelaki) atau cucu perempuan dia nak letak nama Diana... katanya nak panggil 'D'. mulanya mummy nak bagi nama Nurul Diana but tetiba bila diana lahir, my hubby pulak nak tukar, taknak nama Nurul...nak letak Farra. Glamer sikit katanya... huhuhu....ikutkan aje la.... so, jadila Farra Diana Lee... Lee tu surname sebab mummy su dijodohkan ngan anak lelaki bongsu keluarga Lee.... Lee Thong Chuan atau nama islamnya Muhammad Adam Lee Abdullah. So, disebab Mr Adam Lee the only son family Lee...so, memang sebelum kawin lagi kita dah setuju letak surname pada nama anak-anakku....



Yang si Aaron Hafiz lak... Nama Hafiz ni memang mummy mimpi... mummy mimmpi anak kedua ini seorang budak lelaki yang comel dan sangat petah berkata-kata.... dan dalam mimmpi tu jugak dia memang sangat rajin melayan tetamu... insya Allah. So, kitaorang setuju memang kalau lahir anak lelaki kami akan bagi nama Hafiz. Tapi masalahnya nak suitkan satu lagi nama sebelum atau selepas Hafiz tu. Hingga sampailah Aaron lahir...kami masih buntu nak bagi nama apa kat Aaron. Papa dia pulak nak nama ala ala orang putih... kan yang first tu nama glamer...farra diana... so, adik dia mestilah glamer gak... last last dapat la ilham nih... Aaron Hafiz... memang suit... tapi bila cakap ngan orang... terus orang cakap cam Aaron Aziz la pulak... huhu... sebenarnya memang kebetulan semata-mata....

Okla...apa yang mummy merepek ni, nanti mummy sambung lagi update blog ni. Mummy sekarang tengah prepare literature review untuk PhD study... fenin fenin... tu la nak update blog semula... ye la...sebagai tempat luah perasaan dalam mengharungi perjalanan sambung blaja.... doakan mummy ye supaya cepat-cepat buat PhD....


Diana and aaron celebrity looks alike





Thursday, February 25, 2010

Kemuliaan hati Rasullah S.A.W

Email yang begitu sarat ngan pedoman untuk kita mengikuti sunnah rasullah sempena Maulidurrasul esok....

Fwd: Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya.
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?
Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah sipengemis buta itu.
Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,
tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia….
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA
saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah
SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.
Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah
baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.
Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai
Rasulullahmu. ..
Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah.. ..macam meter taxi…jalan terus.
Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
hasanah.
2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda
dapat hasanah.
4. Bantu pendidikan seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat
hasanah.
6. Bagi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10. Bagikan email ini dengan orang lain.