Tuesday, September 1, 2015

making use of your leftover bread...

Projek hari ni adalah manfaatkan 8 keping roti tepi yang tebal dan keras. Minggu lepas adalah minggu roti untuk kami sekeluarga. Bukannya membuat roti tapi abang tersayang gi beli roti dengan banyaknya semata-mata minggu sebelum tu roti cepat habis, budak-budak dah musim suka makan roti dengan nutella. Setiap masa diaorang nak makan roti. So, tanpa ragu-ragu masa groceries shopping, abang gi beli 2 buku roti. Tang ni aku tak kisah sebab budak pun nak makan aje. Tapi masalahnya, masa abis solat jumaat, dia pegi beli lagi 2 buku. Huh... sedangkan baru satu buku baru habis. So, ada 3 buku roti masih belum makan. Makan punya makan sampai dah rasa jemu. Disebabkan banyak roti kena habiskan, semua roti tepi yang keras tu kita transform jadi bread crumbs hari ni.

Caranya senang aje, potong kecik cube atau kisar halus. Pastu bakar 30 minit, 150 degrees temperature. Kacau sikit antara selang masak tu supaya pengeringan menjadi lebih rata. So, lepas dah siap, sejukkan dan simpan di bekas kedap udara. Boleh guna breadcrumbs tu untuk topping salad/sup atau buat nuggets coating/apple crumble.... Hmmm... nak mintak hubby beli apple la weekend nih...





Monday, August 17, 2015

cerita hari ni... make personalised stories with your child.

Hari ni mummy dan papa duduk kat rumah mengadap computer tulis thesis sambil jenguk2 budak2 di rumah dengan berbagai ragamnya. Lepas makan, masa duduk-duduk tu, teringat pula pasal freebies website yang ada buat personalised stories. Hari tu dah buat guna nama Aaron.... Aaron and the beanstalk. Cerita dia lebih kurang sama macam Jack and the beanstalk tu tapi kita boleh pilih samada nak ending yang funny ke, dream ke atau scary. Jadi kita pilih funny ending story. Sebenarnya Aaron ni minat dengan buku cerita, dan dia suka tokok tambah cerita tu. memang penglipur lara la anak mummy ni.

Tapi hari ni kita try website lain http://www.readathon.org/.
Agak menarik cerita pendek ni dimana kebanyakan perkara dalam cerita tu kita yang letak sendiri. Kita try yang free storymaker tu aje. Jadi ni la hasil-hasil cerita Aaron dan Diana....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

The tea party
By Diana Lee

Me and aaron lee sat at the tea table laughing like silly doctors, picking spiders out of the mushy watermelon. 'Don't drink that diana lee, eat this yucky sandwiches instead!' said aaron lee . 'Mmmm! It's yummy' I said, pushing aaron lee into the cupcakes. 'What a bright tea party!'
THE END

Lost in the jungle
By Aaron Lee

Deep in the jungle, me and Diana lee suddenly heard terrible hoofing. 'Watch out Aaron lee!' shouted Diana lee. 'That rainbow wolf is going to get you!' It had very sharp bottom and a huge nose, so we punched onto our monkeys and ran away down the super orange mountain.
THE END

Late for school
By Diana

Me and Aaron jumped into the classroom.'Diana Lee! Aaron Lee! Why are you late?' shouted Mrs Cameron 'Because Diana forgot the brocolli for the mathematics lesson.' said Aaron . 'No!' I said, 'It's because Aaron 's penguin got stuck up the dinasour!' 'Well, I don't believe you.' said Mrs Cameron, 'You both have to do 39 days detention!'
THE END

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


This quite interesting and enjoyable to try on with your kids. Not only it also can encourage creativity, they also fun to both me and the kids.

Ni dia Aaron and beanstalk story... untuk kenangan, tampal gak kat entry ni.








Friday, August 14, 2015

Kembali ke dunia blog

Dah lama dah mummy Sue tak muncul di blog. nampaknya kena aktif semula menulis selepas ini supaya boleh menggarap semula bakat penulisan karangan bahasa melayu ku.... hehehe... Bukannya apa, nak kata sibuk takde la sibuk sangat tapi sebab dah semakin malas menulis, nak tulis thesis Phd ni pun bercinta nak tamat. Aduh, bulan depan dah kena balik Malaysia. Harap dapat la hantar thesis sebelum akhir bulan September ni. Tidak mustahil, in shaa Allah kalau ada pertolongan Allah dan usaha tawakal kita. Harap-harap pembaca boleh doakan mummy dapat dipermudahkan urusan penulisan dan penghantaran thesis ini. Sebenarnya dah lama dah mummy sue minat menulis artikel-artikel untuk dikongsi bersama dan in shaa Allah membawa manfaatnya kepada kehidupan kita yang semantara di dunia ini dan bekalan akhirat nanti. Nanti mummy sue cari bahan best untuk menulis. Buat masa ni cukuplah panaskan tangan ni menaip dulu. Nanti mummy sue cerita lagi, sebelum mengundur diri, in shaa Allah sedikit kita mengambil iktibar dari kata-kata hikmah ini.... Assalammualaikum...

"Kemiskinan harta bahayanya hanya di dunia, namun kemiskinan ilmu dan iman bahayanya dibawa ke akhirat".

Janganlah kita sedih dan keluh kesah disebabkan kekurangan harta benda di dunia ini kerana ia hanya bersifat sementara dan boleh jadi juga ia akan meringankan beban dan persoalan kita di hari soal jawab agung dimana pada saat itu dirasakan amat panjang dan sengsaranya golongan yang bersalah. Setiap nikmat yang kita terima pada hari ini pastinya akan ditanya sama ada kita gunakan untuk perkara baik atau salah walau sebesar mana pun nikmat tersebut. Sebaliknya bersyukurlah diatas setiap apa yang dikurniakan kepada kita kini walaupun berapa pun jumlahnya dan ingatlah....infak dan melaburlah ia bagi mengukuhkan ekonomi kita di akhirat dengan memberikan pinjaman-pinjaman baik dan ikhlas hanya kerana mengharapkan keredhaan Allah. Segala yang kita laburkan pada hari ini sebagai sedekah, hasilnya akan dilipatgandakan di akhirat kelak... yakinlah dengan janji Allah. Semoga kita tidak lagi kurang harta dan bekalan di akhirat kelak. Sambil itu berusahalah untuk mencari ilmu bagi kemantapan iman untuk bekalan kita menghadap Allah kelak. Sesungguhnya jadilah hamba ar-Rahman yang berjaya dunia dan akhirat. In shaa Allah.