Friday, August 14, 2015

Kembali ke dunia blog

Dah lama dah mummy Sue tak muncul di blog. nampaknya kena aktif semula menulis selepas ini supaya boleh menggarap semula bakat penulisan karangan bahasa melayu ku.... hehehe... Bukannya apa, nak kata sibuk takde la sibuk sangat tapi sebab dah semakin malas menulis, nak tulis thesis Phd ni pun bercinta nak tamat. Aduh, bulan depan dah kena balik Malaysia. Harap dapat la hantar thesis sebelum akhir bulan September ni. Tidak mustahil, in shaa Allah kalau ada pertolongan Allah dan usaha tawakal kita. Harap-harap pembaca boleh doakan mummy dapat dipermudahkan urusan penulisan dan penghantaran thesis ini. Sebenarnya dah lama dah mummy sue minat menulis artikel-artikel untuk dikongsi bersama dan in shaa Allah membawa manfaatnya kepada kehidupan kita yang semantara di dunia ini dan bekalan akhirat nanti. Nanti mummy sue cari bahan best untuk menulis. Buat masa ni cukuplah panaskan tangan ni menaip dulu. Nanti mummy sue cerita lagi, sebelum mengundur diri, in shaa Allah sedikit kita mengambil iktibar dari kata-kata hikmah ini.... Assalammualaikum...

"Kemiskinan harta bahayanya hanya di dunia, namun kemiskinan ilmu dan iman bahayanya dibawa ke akhirat".

Janganlah kita sedih dan keluh kesah disebabkan kekurangan harta benda di dunia ini kerana ia hanya bersifat sementara dan boleh jadi juga ia akan meringankan beban dan persoalan kita di hari soal jawab agung dimana pada saat itu dirasakan amat panjang dan sengsaranya golongan yang bersalah. Setiap nikmat yang kita terima pada hari ini pastinya akan ditanya sama ada kita gunakan untuk perkara baik atau salah walau sebesar mana pun nikmat tersebut. Sebaliknya bersyukurlah diatas setiap apa yang dikurniakan kepada kita kini walaupun berapa pun jumlahnya dan ingatlah....infak dan melaburlah ia bagi mengukuhkan ekonomi kita di akhirat dengan memberikan pinjaman-pinjaman baik dan ikhlas hanya kerana mengharapkan keredhaan Allah. Segala yang kita laburkan pada hari ini sebagai sedekah, hasilnya akan dilipatgandakan di akhirat kelak... yakinlah dengan janji Allah. Semoga kita tidak lagi kurang harta dan bekalan di akhirat kelak. Sambil itu berusahalah untuk mencari ilmu bagi kemantapan iman untuk bekalan kita menghadap Allah kelak. Sesungguhnya jadilah hamba ar-Rahman yang berjaya dunia dan akhirat. In shaa Allah.


No comments: