Thursday, December 31, 2009

CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish



contest n contest lagi... kali ni contest dianjurkan oleh mama Aqish. Untuk maklumat lanjut... sila KLIK SINI... mari kita check syarat2 penyertaan:

1. Add @ Link Mama_Aqish & Branded Baby Clothes di blogroll/bloglist anda.
OK dah

2. Anda diWajibkan untuk menjadi Follower Mama_Aqish & Branded Baby Clothes
OK dah

3. Sila Tepek Banner Penganjur Contest & Penaja Contest di Sidebar Blog anda & pastikan ianya Link Back ke contest ni & Blog Penaja
Ok dah

4. Hanya tajuk "CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish" sahaja yang DITERIMA & Sila Pastikan ENTRI Contest Berkenaan adalah "STICKY MODE"....

Ok. pasal sticky mode nih tak sure la ok ke tak. but mummy dah ikut dah tutorial kat webpage mama Aqish nih. tak tau ler jadi ke tak.

5. Contest ni untuk Baby berumur 3 Tahun ke bawah 2006 - 2009 dan Contest Bermula dari 20hb November 2009 sehingga 31hb Disember 2009

OK. Diana berumur 1 tahun 1 bulan...

6. Upload hanya SEKEPING gambar Baby anda yang Latest sekali....Gambar yang Di EDIT & gambo Studio dilarang sama sekali ok....gambo mesti sendiri snap k....baru adil kan..

OK. n gambar yang dipilih...taraaa.....



Nama anak manjaku: Farra Diana Lee
Umur: 1 tahun 1 bulan
Tarikh lahir: 17 Oct 2008.

7. Bila dah siap, tinggalkan URL LINK anda di entri penganjur

jap lagi buat...

8. Hadiah untuk pemenang ditaja oleh BRANDED BABY CLOTHES



and

Click2 Shope


Wednesday, December 30, 2009

Hello Kitty Giveaway

Powered by BannerFans.com

Giveaway lagi... maklumat lanjut,
KLIK SINI


AlmariAdel - New Year Giveaway



Nih pasal nak join giveaway for new year 2010... ramai yang buat giveaway nih... mummy pun taknak lepaskan peluang. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh la ke ALMARI ADEL nih... macam2 ada... :)




Tuesday, December 29, 2009

Testing my new signature

BBQistina giveaway

Create your own banner at mybannermaker.com!


wah... giveaway nyer .....1 printed cd babyland with 2 inserts (blue monkey). Best... best... mummy nak masuk.....so, untuk maklumat lebih lanjut.... KLIK SINI....

cabutan akan dibuat pada 31 Dec 2009... harap2 ada la rezeki mummy....

Notti face giveaway




Entry pasal contest lagi... tak kira nak masuk gak sampai la diana menang...

Contest kali ni pasal notti faces. Ala... comeinya...bucuk...bucuk...
untuk mengetahui lebih lanjt pasal contest nih.... KLIK SINI...

so, gambar notti diana yang mummy pilih




nama saya: Farra Diana Lee
Nama mummy saya: Noor Suhana Adzahar
Nama papa saya: Muhammmad Adam Lee Abdullah
saya mix blood tau... chinese-malay
umur saya sekarang 1 tahun 2 bulan
D.O.B: 17 Oct 2008 pukul 3 pagi, hari Jumaat yang penuh berkat....

gambar ni adalah gambar masa diana main2 meniarap kat atas katil... beraksi sambil mummy rakamkan aksi anak mummy nih. tiba2 lak ada gambar muka notti nih, so mummy post untuk contest nih.moga ada la rezeki anak mummy nih.
Contest ni tamat 31 Dec 2009.... kira esok la... betul2 last minute la mummy nih :P

Nangis Contest By Mummy Ariq



Kali nih, contest pasal nangis punya... maklum la gambar baby... bila2 pun cute, sampai nangis pun ada contest. contest kali dianjur oleh MUMMY ARIQ. so gambar yang mummy pertaruhkan...



nama saya: Farra Diana Lee
Umur: 1 tahun 2 bulan

Nih sebenarnya gambar masa Diana baru start nak nangis bila dia dah boring main2 dalam baby cot dia. Try nak keluar, tapi mummy tengah sibut buat kerja2 rumah. Biasanya baby cot diana tu penuh ngan mainan n jadi kira2 dia punya playgraound la bila mummy sibuk kemas rumah. Kurung dia sikit. Gambar ni diambil masa diana 10 bulan, n dia baru tengah start nangis. Diana ni memang baby yang jarang nangis. suka ketawa n very friendly. Tapi bila sekali menangis tuh... beriya-riya. bak kata tok mama... dah tak macam diana dah... padahal takde apa pun... nangis dia kuat betul... huhuhu... and bila dah kronik tu... hanya nenen aje yang boleh hentikan tangisan dia... :)

Tarikh tutup contest : 04 Jan 2010 @ 12.00 tengahari

Cutest baby of the planet 2009



Nama saya: Farra Diana Lee
D.O.B: 17 Oct 2008

Entry kali ni berbeza sikit ngan entry2 contest yang mummy pernah buat. Entry kali nih bukan contest tapi untuk nominate Diana ke contest yang amat2 la grand2 hadiahnya. Tujuannya untuk mencari 6 lagi peserta untuk contest Cutest baby of the planet 2009. Harap2 Diana terpilih la untuk contest nih. Gambar Diana yang mummy pilih untuk nomination nih adalah gambar favourite mummy... gambar yang mummy letak dalam desktop laptop office mummy... gambar yang memang mummy tengok tatap untuk dapatkan idea... semasa kat office... gambar yang boleh menenangkan hati mummy semasa sibuk bekerja.

Hadiah-hadiah untuk contest ni amatlah lumayan... check this out...

Cutest Baby of the Planet 2009 Prizes
1 x Grand Prize – Total Prizes worth RM2,180

* The Photolicious Outdoor Photography Package (Klang Valley)
* Lil Kai Store Hamper

1 x 1st Prize – Total Prizes worth RM680

* LittleStori Outdoor Photography Package (Klang Valley)
* Gymboree Outfit from Cupcake Chic Children’s Boutique

1 x 2nd Prize – Total Prizes worth RM580

* LittleBigShots Family Photography Session (Klang Valley/Putrajaya)
* Gymboree Outfit from Cupcake Chic Children’s Boutique

1 x 3rd Prize – Total Prizes worth RM355

* LensaMama Outdoor Photography Session (KL/Putrajaya)
* Book hamper from Little Red Reading Nook

1 x 4th Prize – Total Prizes worth RM239

* LensaMama Photography Session Voucher worth RM100
* Jet Crystal and Pearl Pendant Jewelry Set from Sabah Accessories
* One Drop Perfume Celebrity Women from Adrini’s

1 x 5th Prize – Total Prizes worth RM200

* LensaMama Photography Session Voucher worth RM100
* Nursing Dress from Adrini’s

1 x 6th Prize – Total Prizes worth RM180

* LensaMama Photography Session Voucher worth RM100
* Book hamper from Little Red Reading Nook

1 x 7th Prize – Total Prizes worth RM130

* LensaMama Photography Session Voucher worth RM50
* V-Pattern Jet and Light Sapphire Crystal from Sabah Accessories
* Shopping Voucher from Adrini’s worth RM50

1 x 8th Prize – Total Prizes worth RM130

* LensaMama Photography Session Voucher worth RM50
* Shopping Voucher from EverythingForYouFromMe worth RM50
* Shopping Voucher from Adrini’s worth RM30

1 x 9th Prize – Total Prizes worth RM80

* LensaMama Photography Session Voucher RM50
* Shopping Voucher for Avent ISIS Manual Breastpumps from Nabila House worth RM20
* Shopping Vouchers for Perfume Essence Perfume For All from Nabila House worth RM10

1 x 10th Prize – Total Prizes worth RM70

* LensaMama Photography Session Voucher worth RM50
* Shopping Voucher for Avent ISIS Manual Breastpumps from Nabila House worth RM20

9 x Consolation

* Shopping Vouchers for Perfume Essence Perfume For All from Nabila House worth RM10 each

Untuk mendapatkan info lebih lanjut, sila KLIK SINI.

Contest ni dianjurkan oleh MomBloggersPlanet

This Nomination starts from 22nd December 2009 to 10th January 2010

Monday, December 28, 2009

mummy menang hadiah saguhati blogheader make over

Ha... tgk tajuk diatas...

akhirnya ada gak 'hasil' dari contest yang dianjurkan online nih. Sebelum nih memang tak pernah menang aper pun. Alhamdulillah rezeki mummy kali nih.... walaupun hadiah saguhati aje. Tapi hadiahnya menarik...customized blog header.... dapat makeover mummy nyer blog nih. :) best... thanks kepada penganjur kerana memilih mummy.... so, next time you alls akan tengok blog header baru mummy... baru la berseri sikit.

Ha... keputusan pertandingan oleh blog kedai gambar kami nih boleh dilihat pada link nih

Friday, December 4, 2009

Customized Felt Tshirt Giveaway..



Entry kali ni untuk mempromote product yang akan keluar di pasaran tak lama lagi oleh TiniHani cybershop... huhuhu.... kira soft launching la ni... so, bersempena dengan itu, tokey kedai nih dengan berbesar hati nak giveaway... bukan satu tapi 4 customized felt T-shirt yang korang sendiri design apa yang nak tulih atas T-shirt tu... saiz t-shirt tu pulak... tak kira apa saiz. Tapi, kalau mummy la berpeluang menang hadiah tu, mummy nak tulis Diana love mami & papa (gambar pulak mami nak gambar love besar n ada gambar mami,papa and baby girl dalam love tu) mesti comel n cantik kan.... special gitu...

oklah...Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Disember 2009 jam 12.30 tengah hari. Harap-harap bertuah la mammy kali nih.

Tuesday, December 1, 2009

Cutest with nice smile baby contest

'Create


Ok, this time contest from Danita maternity cybershop.... wah, contestnya berkenaan cutest of course la all the babies yang paling memiliki senyuman paling ikhlas...paling cun melecun... paling manisssss.... lebih manis dari gula batu, gula melaka, gula pasir dan seangkatan ngannya.... Setelah dikorek-korek gambar anak mummy... Diana.... tak boleh tidak, mummy nak jugak masukkan gambar peberet mummy ni... hahaha... the best senyuman diana yang berjaya mummy captured.... walaupun gambar ni penuh air liur... huhuhu.... yang penting senyuman anak mummy tu yang mahal... :) So, ni la gambarnya...



Nama anak mummy nih: Farra Diana Lee
Umur : 1 tahun 1 bulan
D.O.B: 17 Oct 2008

N... the last but not least... hadiah yang ditawarkan oleh penganjur amat la comel and gojes... hahaha... sesuai untuk orang yang merancang untuk preggy lagi macam mummy.... huhuhu.... harap2 cepat la rezeki Diana dapat adik dan jugak ada la rezeki mummy dapat hadiah2 ni berkat dari senyuman paling nice Diana nih... Hadiah-hadiahnya adalah:

Long Sleeve cardigan with your own choice of color + Set of 2 Combimini slip socks

Due date contest nih 23 Dec 2009....

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY



Ha ha... theme contest kali ni best... baby serius... sebenarnya apabila baby tu menumpukan perhatian dia melakukan sesuatu, memang mereka terlalu fokus dan beriya-riya belajar perkara tersebut. nak tau lebih detail pasal contest ni boleh la rajinkan jemari-jemari untuk click ke blog nih... http://rifqizuhairi.blogspot.com

Mummy selalu gak perhatikan muka diana masa serius.... seronok tengok, macam satu perkara besar aje dia tengah buat... macam gambar 1st ni... dia tengah memfokus menggentel belon... comel betul....

Nama si manja mummy : Farra Diana Lee
umur : 1 tahun 1 bulan









Jom cepat memeriahkan contest nih... tarikh tutup 31 Dec 2009.

Blog Header Make Over Contest.



Entry kali nih pasal blog header make over contest... ye la kan.... tengok blog mummy ni memang tak menarik berbanding blog2 bloggers lain. ye la... mana la mummy tau pasal IT nih... memang orang kata... asal ade aje la... so, bila mummy surf aje website kawan papa nih, mummy terpanggil untuk join contest nih supaya boleh la mencantikkan blog mummy yang suram nih... kesian mummy...so, penganjur sudi-sudikan la make over our blog nih menggunakan blog header mu yang memang canggih and gojes tu... kalau u all nak tengok gojes tak gojesnya blog header penganjur contest nih... sila la KLIK SINI untuk mendapatkan info yang lebih... memang banyak info...

Selain dari design blog header nih, product yang mummy paling idamkan.... photobook berbagai saiz dan bentuk boleh ditempah kat sini tak kira la uols nak yang kecik ke macam pocket book atau yang lebih besar iaitu coffee table photobook. Sekarang nih, ada offer pasal photobook nih and mummy rasa harganya memang berpatutan. Mungkin mummy akan tempah satu untuk buat photobook TAHUN PERTAMA MANJAKU DIANA.... hahaha... papa tak tau lagi ni, mummy tengah kumpulkan gambar-gambar Diana and most important tengah kira-kira budget.... kenapala kerajaan tak bagi bonus tahun ni, kalau tak sure mummy dah ok dah....duit RM500 ihsan kerajaan tu pulak dah set awal2 nak beli day-bed kat IKEA (almaklum la baru pindah rumah, tengah pokai nih... huhuhuhu...........)tapi insya Allah mummy akan usaha kan sebelum diana berumur 2 tahun... nanti kena buat photobook lagi....

Selain itu, apa lagi ye dijual kat webpage nih... nanti mummy ingat balik.... ha... sessi photography.... ada offer pakej 2 photography yang uols boleh pilih... sesi outdoor family, student and eksklusive.... kalau uols nak maklumat lanjut, silalah ke website nih http://kedaigambarkami.blogspot.com . macam-macam ada.... terjah jangan tak terjah ok.......

apa lagi ye... ha... penganjur suruh tulis kenapa mummy rasakan mummy layak dapat hadiah contest nih:

Hadiah utama:
Rotational 3 Personalised Blog Header (macam header blog ini)

Hadiah saguhati x 4:
1 customizable Blog Header

jawapannya........... memang mummy punya blog ni perlukan make over sebab terlalu daif... ye la... orang bidang bioteknologi.... mana la didedahkan ngan bidang IT nih... tak pandai mummy nak create blog header yang menarik untuk blog mummy nih...so, memang amat memerlukan blog header yang come lote seperti dalam blog bloggers-bloggers yang lain...

contest ni tamat pada 4 Dec 2009...... harap2 dapat la menang hadiah blog header yang gojes tuh... amin.......

"Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B




Contest kali ni pasal baby ciut miut... saper lagi anak manja mummy sorang la... Farra Diana Lee. Syarat-syarat penyertaan insya Allah mummy dah fulfilled. So, kalau nak info lebih lanjut.... surf la kat sinih... http://seindahbutterfly.blogspot.com/2009/11/seindah-butterfly-giveaway-b.html

Sekarang diana berumur satu tahun sebulan. Dah besar dah anak kesayangan mummy nih. So, ni la gambar Diana yang dipertaruhkan. Gambar ni diambil masa hari raya aidilfitri. Diana main-main kat rumah por por n kong kong selepas balik dari kampung di Muar. Seronok betul dia main ngan golf set baby nih. habis dikejar-kejar bola golf tuh. Kejar ngan merangkak ler.

Diana sekarang ni semakin bijak, semakin geliga otak dia. macam-macam kerenah dia. Dah pandai makan suap sendiri (tang kotor or comot tuh takyah cerita la kan) dah namanya pun budak. Diana suka ngan cat and bird. pandai gak sebut dua perkataan nih walaupun kadangkala sound dia sikit lari... hahaha....

Diana dah boleh jalan 2 tiga langkah tapi dia macam takut2 aje nak try jalan lebih jauh. masih nak berpaut pada dinding n perabot rumah. But, dia dah boleh berdiri sendiri dan berdiri agak lama n stabil gak.... tapi satu yang mummy risau... sampai sekarang masih belum bergigi.... tapi mummy tanya nurse, dia kata jangan risau. tak tau la... budak2 sebaya Diana dah hampir penuh dah gigi dia.



ni lagi satu gambar diana buat muka kiut;



So, berbalik pulak ngan contest ni.... setelah surf pelbagai barangan jualan tokey T-shirt yang murah hati @ http://tokeybaju.blogspot.com... mummy berkenan la ngan 3 item nih:

1) T-shirt gambar Elmo yang set kuning n maroon tuh.... dua-dua kaler mummy suka
(entry bulan Oct)
2) T-shirt yang set maroon yang ada gambar love tuh... kalau ada letak nama Diana lagi special
3) Suka gak T-shirt gambar cookie tuh (entry bulan Sept) very the comel and unik macam tuh...

Harap2 penganjur terbuka la hati choose gambar Diana sebagai pemenang seterusnya dapat la hadiah yang cun melecun tuh... amin.........

Monday, November 30, 2009

"Seindah Butterfly" Giveaway Kategori A



"Seindah Butterfly" Giveaway Kategori A


Entry kali ni agak spesial sebab pasal papa and mummy pulak nak masuk contest.... hehehe.... asyik Diana aje yang masuk contest.... haha.... Contest ini dianjurkan sempena anniversary tuan empunya blog http://seindahbutterfly.blogspot.com yang kedua bulan nih. Kebetulan, our 2nd wedding anniversary pulak akan disambung bulan Jan nih. So, happy anniversary gak for u and for us. So, gambar yang terpilih adalah gambar berlatarbelakangkan tasik putrajaya di waktu malam. Gambar ni diambil semasa wedding dinner kami kat Putrajaya Seafood Restaurant. Actually kami kawin campur, my hubby is a chinese. So, memang very special our weeding.... 5 event...

1)Nikah kat masjid UPM. sebab masjid ni la abg mengucap kalimah syahadah
2)Upacara tea ceremony kat rumah mak mertua.
3)Sanding kat dewan PKNS , Bangi
4)Wedding Dinner kat Putrajaya Seafood Restaurant
5)Sanding ramai-ramai oleh JPH. Kebetulan 10 pasangan pengantin kawin pada tahun yang sama. But, we are the oldest pengantin...sebab kawin bulan January. Masa tu, dah 5 bulan Diana dalam perut. Kelakar aje....perut dah boyot, mana boleh pakai baju nikah atau tunang kitaorang waktu event tuh.... hahaha.... memang the very happening gitu...



Ok, asyik cerite pasal kawin... padahal penganjur suruh cerita waktu perkenalan. Waktu perkenalan kami sangat singkat.... satu labmates. Kenal bulan May tapi start bercinta bulan September tahun 2002. Sebelum start bercinta tu, kitaorang just kawan biasa, malah my hubby mintak la i ajar macam mana nak tackle satu amoi junior kat department kitaorang. Last-last dia gunakan cara-cara yang i ajar tu nak tackle i pulak.... adeh... la.... Rasanya nak gak upload gambar-gambar kawin lain sikit. So, ni gambar-gambar yang i rasa sangat sweet for me and adam.





Memang tak sangka, boleh terjebak ngan kawin campur nih. Sampai bila bagitau mak pun mak suruh start reverse gear. Tapi, semuanya adalah jodoh. Alhamdulillah, sekarang kami bahagia bersama dan dikurniakan seorang cahayamata, penghibur hati kami.... Farra Diana Lee yang memang comel (orang melayu banyak yang kata dia rupa cina, n orang cina pulak cakap dia rupa melayu) hahaha.... memang dia combination cina n melayu....

Ok, Banyak shawl yang cantik2 dalam website puan Eila @ http://khayra-beauty-shoppe.blogspot.com . 3 shawl yang paling paling i minat:

1) ~ Fantasia ~ warna biru
Material : Chiffon [ soft but easy to wear..lembut dan beralun,sangat cantik



2)+ Funky Dual Tone Shawls +
Material : Chiffon
warna yang amat i minat...lime turqoise.



3)yang colors tuh... dia punya label GR01.



Moga-moga ada la rezeki mummy... amin....

MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest

“Cutest Baby SMILING“ .... Dec theme....



Namaku: Farra Diana Lee
Umur: 1 tahun 1 bulan

This is the second time Diana enter contest from MomBloggers Planet. The first entry... bulan Nov 2009. Result pun belum keluar lagi. Ok, mummy nak cerite sikit kenapa mummy suka sangat tengok senyuman manis baby terutamanya anak mummy, Diana.... (walaupun senyuman tak bergigi... hehehe)

1) Sebab dengan memandang senyuman mereka, hati kita boleh jadi tenang... hilang semua masalah. Sebab senyuman dia sangat ikhlas.... sangat jujur... ketawanya boleh menghilangkan segala gundah gulana. Bila balik kerja aje, penat.... tapi bila tengok diana ketawa... hilang semua kepenatan... kiranya senyuman bayi ni merupakan penawar segala masalah dan kesusahan orang dewasa.

2) sebab.... bila kita tengok baby ketawa.... automatik kita pun akan ketawa jugak. tak percaya, cuba test sendiri.

3) sebab... anak adalah anugerah Allah... penghibur hati....

4) sebab.... takde sebab... i just love baby smile... :)

So, berbalik kepada contest nih, seperti entry bulan lepas.... Contest ini officially anjuran mombloggers planet (KLIK SINI untuk maklumat lebih lanjut) dan di co-sponsor bersama oleh Photobook Malaysia and Alice Wonders. yang memang menyediakan hadiah-hadiah yang lumayan and tersangat la gojes.

Mummy memang teringin sangat nak merasa hadiah of course Photobook yang memuatkan gambar-gambar tahun pertama Diana. Mummy memang dah lama nak buat satu photobook khas untuk diana tiap-tiap tahun tapi belum tercapai-capai lagi.... harap2 menang la hadiah nih. Selain itu, mummy pun dah lama usha hadiah beg serbaguna dari Alice Wonders ni.... harap-harap ada la rezeki mummy and Diana..... Amin....

Contest Si Manja Berkaca Mata



Entry kali ni adalah pasal contest Si Manja Berkaca Mata..... untuk membaca lebih lanjut pasal contest ini sila la surf webpage nih http://littlemishkah.blogspot.com/2009/11/contest-si-manja-berkaca-mata.html.


Mummy selalu gak bagi Diana pakai spec nih.... kalau gi shopping complex ramai yang tegur Diana ala ala vouge camtu pakai spec nih.... padahal diana nih asyik nak bukak aje spec n mummy selalu letak atas kepala dia supaya dia tak perasan. Nih memang spec baby... beli jenama Barbie...memang comel n vouge... hehehe.....

So, nih la gambar yang mummy pilih untuk contest nih.... taraaa....


Nama saya: Farra Diana Lee
berumur... 1 tahun 1 bulan....

Mummy pilih gambar ni sebab Diana nampak so nakal ngan mulut macam tuh and at the same time... nampak cute di mata mummy....

So, berbalik pada contest nih, tarikh tutupnya pada 20 Dec 2009. So, apalagi... mummies 2 di luar sana, cepat la join contest nih.... Lupalak pasal hadiahnya.... best... set Tupperware... mummy pun memang suka nak kumpul tupperware nih... So, harap sangat Diana menang....Aminnnnnn.........

Hadiah Pertama

Tupperware Legacy Floria Microwaveable Serving Set

3 X Hadiah Saguhati

Tupperware comel...

Thursday, November 12, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Contest... contest lagi... now time to back to nature...

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest











nama saya: Farra Diana Lee
D.O.B: 17 Oct 2008

Ok, now mummy nak ceritakan pulak pasal NATURE in this picture. Gambar-gambar ini diambil semasa siri percutian family di Pahang. First pic di Cherating. Walaupun tak nampak muka Diana, but mummy masukkan jugak gambar ni sebab mummy tengok Diana begitu khusyuk menghayati dan merasa tekstur pasir yang halus kat pantai cherating tu, n the second pic pulak di Kuala Rompin. Ha... this place very unique sebab kat tempat hotel yang kitaorang pegi tu ada pantai dan di tengah2 hotel tu ada hutan paya bakau. Very gerun and at the same time we learn to love the nature surroundings. Bunyi pun macam2 la... cengkerik... tapi seronok gak. we really enjoy staying there. Ok, yang pic no 3,4 dan 5 tu kat waterfall di Sg Pandan dekat2 ngan rumah kitaorang kat jalan Gambang-Kuantan. Ok, kat sini air dia betul2 sejuk and Diana pun enjoy celup-celup kaki kat air. Mummy rasa and mummy memang menyokong all the babies didedahkan banyak ngan nature di sekeliling kita, bukan saje dapat fresh air but dia juga dapat belajar banyak dengan merasa pasir, rumput dan bunyi-bunyi burung. Cakap pasal burung, sekarang ni Diana dah pandai cakap tau... asyik panggil bird...bird ... aje. So cute my little angel. Diana walaupun baru berusia setahun mummy dah hangkut dia gi merata-rata. So to all mummies and daddies di luar sana, rajin2 la bawa anak2 keluar menikmati nature ciptaan Allah yang indah ini.... :)

So, berbalik kepada contest ini, mummy nak sertakan jugak all the sponsors website, dimana hadiah yang nak disponsor ini amatla mummy idamkan... hehehe.... photobook first year Diana daripada PhotoBook Malaysia and beg baby yang sangat eksklusif yang serbaguna dari AliceWonders.

Harap2 Diana menang la contest ni ye... mummy teringin sangat nak dapat hadiah2 tu...

MY FUNNIEST BABY CONTEST



Contest... contest lagi...

kali ni, my funniest baby contest lak. Sila ke web ni, untuk penerangan lebih lanjut. klik sini

Kali ni mummy nak pertandingkan Diana kat contest ni pulak. Minggu lepas mummy dah baca pasal contest nih tapi bcoz terlalu sibuk sampai la last minute giler nih baru teringat yang mummy belum buat entry lagi pasal contest nih. Anyway... about this contest...dianjurkan oleh UmiDanish.

Kategori A : baby gurl
Kategori B : baby boy

Hadiah :
-1 Cloth Diaper Lunatots bagi setiap kategori
Sponser dari Babyumishop

- 1 helai baju baby bagi setiap kategori
Sponser dari IT @ RLiiT'S BoutiQe & beuty Centre


Hadiah PiliHan unTuk Peserta Bertuah
- 1 Diaper Stacker

Sponsor dari Moms&babyshop

Sponser 1 : Babyumishop

Sponser 2 : IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre

Sponser 3 : Moms&babyshop

so, ni la gambar Diana yang mummy suka sangat tengok :)




Nama saya: Farra Diana Lee
Umur saya 1 tahun 2 minggu

sedih la tak sempat masuk... mummy baru balik jaga exam... tak perasan pulak masa sblem 12 tengah hari... :( takpela... mummy upload gak gambar diana ni...

Tuesday, November 10, 2009

Comot & Comel Baby Eating Contest..!!!



Kali ni mummy nak diana masuk contest comot and comel baby eating contest. Untuk mendapatkan info lebih lanjut, sila surf alamat nih http://hazlinashahrel.blogspot.com
& blog penganjur bersama http://nadira-barry.blogspot.com

So, cerita pasal gambar nih. Emmm...gambar ini diambil masa diana makan ais krim coklat yang teramat la comot mulutnya but, takde pulak gambar dia tengah pegang sudu... sebab mummy masa tu excited nak ambik gambar muka dia... close up, padahal bertaburan sisa2 aiskrim tu atas lantai. nak ambik gambar baru takut tak sempat pulak nak upload. takpela... just suka2 je :) So, ini la gambar-gambarnya:







nama saya: Farra Diana Lee
nama mummy saya: Noor Suhana Adzahar
D.O.B. saya: 17 Oct 2008

contest ni end on 12 NOVEMBER 2009.