Tuesday, September 1, 2015

making use of your leftover bread...

Projek hari ni adalah manfaatkan 8 keping roti tepi yang tebal dan keras. Minggu lepas adalah minggu roti untuk kami sekeluarga. Bukannya membuat roti tapi abang tersayang gi beli roti dengan banyaknya semata-mata minggu sebelum tu roti cepat habis, budak-budak dah musim suka makan roti dengan nutella. Setiap masa diaorang nak makan roti. So, tanpa ragu-ragu masa groceries shopping, abang gi beli 2 buku roti. Tang ni aku tak kisah sebab budak pun nak makan aje. Tapi masalahnya, masa abis solat jumaat, dia pegi beli lagi 2 buku. Huh... sedangkan baru satu buku baru habis. So, ada 3 buku roti masih belum makan. Makan punya makan sampai dah rasa jemu. Disebabkan banyak roti kena habiskan, semua roti tepi yang keras tu kita transform jadi bread crumbs hari ni.

Caranya senang aje, potong kecik cube atau kisar halus. Pastu bakar 30 minit, 150 degrees temperature. Kacau sikit antara selang masak tu supaya pengeringan menjadi lebih rata. So, lepas dah siap, sejukkan dan simpan di bekas kedap udara. Boleh guna breadcrumbs tu untuk topping salad/sup atau buat nuggets coating/apple crumble.... Hmmm... nak mintak hubby beli apple la weekend nih...





No comments: